Erti pertolongan Cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan sementara yang diberikan dengan serta merta kepada mangsa-mangsa kemalangan di tempat itu juga dengan menggunakan alat-alat yang boleh didapati pada masa itu,iaitu sebelum dihantar ke hospital.
Tugas Ahli Pertolongan Cemas
1) Menyelamatkan nyawa
2) Balutkan luka dengan pelapik yang bersih
3) Sokong dan tetapkan bahagian yang patah itu supaya tidak bergerak lagi
4) Peliharalah daripada keadaan terkejut
5) Naikkan semangat si malang itu dengan perkataan-perkataan yang mengurangkan perasaan kesakitan
Peraturan Am Bagi Pertolongan Cemas
1) Berikan bantuan terhadap mana satu kecederaan yang lebih membahaya dahulu dengan pantas tanpa gopoh-gapah.
2) Pulihkan pernafasan sekiranya terhenti. Tiap-tiap saat adalah penting.
3) Tahan mana-mana darah keluar.
4) Peliharalah daripada keadaan terkejut.
5) Jangan mencuba beri bantuan yang berlebih-lebihan.Berilah bantuan yang mustahak sahaja untuk menyelamatkan nyawa dan untuk mengelakkan keadaannya daripada bertambah buruk.
6) Naikkan semangat si malang itu dengan perkataaan-perkataan yang menurangkan perasaan terharu/kesakitan
7) Janganlah tanggalkan pakaian jika tidak mustahak.Longgarkan sahaja pakaian yang ketat di leher, dada dan pinggang
8) Jangan biar orang ramai berkumpul di sekeliling si malang itu kerana udara yang bersih adalah sangat mustahak
9) Uruskan kenderaan dan bawa si malang itu ke hospital dengan seberapa cepat yang boleh
10) Ambil tahu nama dan alamat si malang.Beritahu polis jika perlu
11) Berilah bantuan kepada polis dan doktor jika perlu